Nuffnang Ads

August 28, 2017

Pulau Perhentian : Day 1 - Coral Bay


Lepas abis lunch, aku nak jalan2 pi area Coral Bay ... Coral bay ni on the other side of pulau perhentian kecil ... ngadap mainland ...  nak pegi sana kene lalu area berbukit sikit untuk cross the island ... bleh tengok peta kat bawah ni ... kalau ikutkan peta ni, route dari Awatif ke Suhaila Shop tu ikut jln dalam .. tapi aku haritu lalu ikut tepi beach jer


Laluan berbukit nak pi Coral Bay ... akan tembus tepi Tropicana Inn

Tropicana Inn

Masuk usha dalam compound Tropicana Inn ... cantik gak chalet kat sini .. tapi jauh dari pantai


Keluar dari Tropicana Inn, jalan menurun bukit sampai jumpa another resort

Kene lalu dalam resort ni untuk ke Coral Bay

Cantik resort ni

Ok dah sampai Coral Bay



Air laut kat area Coral Bay ni mcm tak selawa kat Long Beach ... aku tak masuk berendam pun kat sini ... takat jalan tepi beach pastu layan view dari atas jeti ... aku nampak ada obor2 , lagi la turn off nak masuk laut




View tetap la cantik


Dari atas jeti, aku boleh nampak ikan berenang2 kat bawah ... syok jugak layan


Ada beberapa ekor baby sharks 

Yang hitam tu sea cucumber kah?


Tak lama aku melepak kat Coral Bay ni sebab dah start panas yg amat ... pelan2 menapak balik semula ke campsite

Lalu dalam Ombak Dive Resort lagi sekali ... suka tengok design resort camni

Kene mendaki bukit lagi sekali ... curam betul slope ni

Masa otw balik ni baru perasan this Boardwalk route ... tapi jalan nampak sangat sunyi so aku tak jadik nak redah sorang2 ... kalau ada teman maybe bleh gak try

Dah sampai kat Long Beach semula


Sampai kat campsite, terus pi shower, solat semua pastu melepak depan khemah layan view. Plannya petang nanti aku nak pi windmill kat belakang campsite ni.

Beach depan campsite

Those payung and tikar are for rent ... satu payung + 2 tikar = RM10


to be continued ...

August 26, 2017

August 25, 2017

Pulau Perhentian : Day 1 - Part 1

Trip ke Perhentian ni aku amik camping package dengan MyPerhentian.
Boleh tengok harga package kat instagram diorang. Untuk solo traveller, ade sedikit additional charge.
Masa booking kene bayar RM50 as deposit. Lepas tu 7 hari sebelum travel date, kene bayar full amount.
Bila dah sampai kat campsite nanti, diorang akan whatsapp the voucher. Tunjukkan voucher tu untuk check-in.
Review pasal Awatif Campsite boleh tengok kat sini

6/7/2017 (Thursday)

Gerak malam dari Putrajaya Sentral ke Kuala Besut naik bas Perdana. Harga tiket RM49.50. Aku beli online jer via bas Perdana punya site kat sini.
Masa beli online ni aku print out the bus travel itineraries. Pastu di hari kejadian, aku pi tukar to actual ticket kat kaunter kat Putrajaya Sentral. Tiket bas aku beli sebulan awal.
Bas sangat selesa, double decker, seat 2-1, ade free wifi lagik. Tapi sejuk yang hamat. Seb baik aku bawak sweater.


Perjalanan ke Kuala Besut amik masa 8 jam. Berenti dalam 30 minit dekat Gua Musang around 1am gitu kot. Sampai kat Kuala Besut dekat2 pukul 5:30am. Nasib baik jugak bas mmg berenti kat jeti Kuala Besut. Lebih dari separuh ahli jemaah yg naik bas tu turun kat Kuala Besut. Dari tempat bas berenti, kene menapak sikit untuk ke area jeti tempat naik bot segala.
Masa on the way dalam bas tadik, pic MyPerhentian dah contact aku inform no tepon boatman yg akan bawak aku ke pulau. Pastu die inform yg boat ada awal haritu. Seawal 6:30am dah boleh naik boat instead of the usual 8am boat. OK lah.

7/7/2017 (Friday)

Aku singgah dekat surau kat depan jeti. Solat subuh and freshen up lebih kurang sebelum pi tunggu boatman kat jeti.


Tak lama lepas tu , boatman calling2 suh tunggu kat one area kat jeti tu together2 dengan the rest of the pax yg akan naik sama boat dengan aku.

Layan sunrise kat jeti



Lepas dah cukup pax, terus bot gerak ke pulau. Laut takde ombak sangat so syok la layan speedboat ni ... perjalanan amik masa dlm 30 minit.

Sunrise masa dalam boat ... gambar dari hp agak kelam

Masjid kat Kg. Nelayan

Sampai kat Long Beach around 7:20am ... matahari baru naik suam2 kuku tapi aku dah teruja tengok air laut kat long beach ni ... jernih bebeno ... dan2 rasa nak terjun laut

Bot yg aku naik

View Long Beach dari jeti

Jeti Long Beach ... tengok air laut tu .. mana tak teruja weh

Tepi jeti

Dari jeti, kene menapak sikit je untuk sampai ke Awatif campsite. Dah sampai kat campsite tu, kene tunggu pic MyPerhentian hantar voucher dulu baru bleh register dan dapat khemah. Around 8am semua settle. Disebabkan hari aku pegi tu mcm tak ramai pax kat campsite, so aku request nak khemah yg facing laut.



Gigih tau ahkak bawak alas segala nih

Settle down dlm khemah, pegi shower pastu baru pi cafe carik breakfast. Pagi tu diorang jual nasik berlauk daging goreng. Satu bungkus RM5. Air kosong segelas RM1.


Dah kenyang ni, mata pun dah layu. Sempat aku layan tido sejam. Pagi2 ni dok dalam khemah tak panas pun. Syok la layan mata sesambil kene angin pantai.
Pukul 11am lebih baru aku bersiap nak kluar ronda2. Aku jalan sepanjang Long Beach tu, cari spot menarik utk amik gambo. Pastu berendam dlm air seround dua, then sambung ronda2 lagik. Sesungguhnya ramai bebeno foreign tourists kat perhentian ni ... muka2 local brape kerat sangat




Hari tu tak brape panas sangat so masih boleh bertahan berendam time tengahari buta. Walaupun hakikatnya lepas satu hari aku kene sunburn tak hengatnya walaupun dah berlapis2 sunblock aku taruk kat badan.






Terkejut badak aku nampak biawak beso yg amat


Antara high end resort yg ada kat Long Beach ... Bubu Villa


Ni plak Bubu Long Beach resort



Pastu aku pegi area jeti Long Beach tadik ... kat situ air sangat jernih, ikan pun banyak ... ramai org dok snorkeling kat tepi2




Aku pun join the crowd pi berendam kat tempat ikan banyak2 tu ... umpan roti je, berkerumun ikan datang ... too bad aku tak bawak camera Olympus aku ... tak dapat nak amik gambo underwater




Puas hati dapat berendam, aku patah balik ke Awatif cafe ... carik lunch la plak


Cafe with a view

Order mee tomyam .. RM10

to be continued ...