Nuffnang Ads

December 20, 2018

Japan Winter 2018 : We eat

Untuk trip ke Jepun kali ni, kitorang cuba untuk makan kat luar at least sekali sehari and for the rest of the meals, either tapau kat konbini or makan kat bilik ... sesambil tu kitorang ada jugak try some other street food yg tidak meragukan 

Onigiri yang mmg sinonim dengan Jepun. Masuk je konbini mesti beli menda alah ni. Harga varies depends on jenis onigiri dan konbini.

Pollack roe tu tak sedap. Salmon punya agak dry. Our favorite adalah Tuna Mayo

And then we have the famous Van Houten Cocoa. Harga 158yen sekotak kat konbini. Rich in flavor. Sedap sangat!

Vegetable tempura dekat kedai Fuji Tempura Idaten Kawaguchiko. Miso sup tu terbaek. Siap makan bertambah2 lagik

Hida Miso Ramen kat kedai Hidatakayama Ekimaeken depan Takayama Station. Rasa agak tasteless, terpaksa tambah chili flakes ngan chili oil untuk kasi sedap. Harga 850yen.

Salmon bowl + miso sup kat Tsukiji Fish Market. Antara my favorite nih. Harga 900 yen

Dango dekat Kachi-kachi Ropeway. 400 /450yen. Ingat2 lupa dah ahkak

Keledek bakar dekat Saiko Iyashi no Sato Nemba. 400yen. Makan sesambil nunggu bas dalam kesejukan snowfall

Ok ni pulak makan2 kat bilik. Pekena mamee cup dengan ikan saba. Sedap wehh ikan tu. Juicy sangat. 300 yen. Sayur tu around 120yen kalo tak silap

Nasi instant beli kat konbini. Ada pek 3 ketul around 300 yen. Telur rebus 70yen seketul. Daun bawang dah siap potong tu 108yen. Ikan ape ntah tu lupa, 230yen. Tapi ikan tu tak sesedap ikan saba. Juga tak lupa ayam kari Brahim. Finally air cocoa van houten.

Daging masak hitam Brahim + ikan saba + sambal bilis + sayur 7-11 + Starbucks Latte (200yen) + roasted green tea

Strawberry besar & ranum beli dekat Boss Market

Makan 2 bijik dah rasa full.

Epal besar gedabak 60yen beli kat Takayama morning market

Takoyaki 200yen

Tamagoyaki 120yen kat Tsujiki Fish Market

Ada org viralkan biskut kapal ni kat FB. So aku pun try beli nak rasa. Kat mesia ada jual kat Family Mart tapi mahal nau. Bila dah rasa, emmmm, rasa yang so-so je. Sedap lagik cekelat Meiji.

Yang white cekelat pun rasa biasa2 je

Yang ni sedap. Tapi ada 9 ketul je dalam ni. Harga 230yen-250yen.

Chicken wrap kat The Kebab Factory Asakusa. 650yen.

Last but not least, sushi. 2 kali kitorang gi kedai sushi. Sedapnya lahai salmon2 itu.



We allocated around 3,000 yen per day on food. Tak abis spent pun sebenarnya and we end up using the rest of the money wat beli souvenirs and what not. All in all, aku enjoyed the food there. 

December 01, 2018

Redeem Enrich miles

Setelah lebih setahun aku tak travel pegi oversea, jadiknya tahun ni aku gagahkan jugak utk buat satu trip hujung tahun. Trip bersama adik beradik in winter, again!
Dah namanya hujung tahun kan, maka tiket pun agak kaching gak la sebab coti skolah. Pastu pi time winter season plak. Dabel $$$$$ la jawapnya.
Lama jugak dok survey harga tiket, macam2 route lah. Tapi semuanya harga boleh tahan mahal.
Finally few days before MATTA fair back in March, MAS ada promo. Kebetulan pulak aku ada dalam 29k Enrich miles. So ape lagik, terus fully utilize the miles. Akhirnya dapatlah 3 keping return tiket KUL-NRT dengan harga RM1152 sorang.


Special requests tu charge untuk seat booking

Untuk 28,500 Enrich miles, kitorang dapat save RM1012, lebih kurang RM337 per person. Which pada aku dah banyak tu given travel time adalah peak season.

Lama jugak aku amik masa untuk collect Enrich miles sebanyak itu. Biasanya aku collect point dari room booking reservations (Agoda , Booking.com) & convert credit card points to Enrich miles. Sebelum ni aku pakai Citibank Premiermiles card yg mane every year aku dapat around 7000 credit card point hasil dari bayar annual fees , pastu that 7000 point dapat convert to 7000 Enrich miles. Pastu masa aku pi europe 2 tahun lepas, aku naik KLM which is Oneworld alliance airlines yang mana aku still dapat collect Enrich miles.



Skang kene start kumpul balik Enrich miles ni. Harapnya dapat la redeem seketul lagi tiket in the next few years.
Till then, wish us a safe trip everyone!


Japan, here we come again!

November 28, 2018

KUL-FUK


Jom terjah!
Dah ada few places in mind yg ahkak plan nak pegi kat Kyushu ni.





AirAsia, please give us some dirt cheap ticket price this time!

November 23, 2018

AirAsia to Fukuoka



Good news for those yang suka travel to Japan ( nak lajak pi Busan pun dah dekat dah tu ^_^ )
Harap2 tiket masa opening route kaw2 murah mcm sebelum ni.

Source:
https://www.fukuoka-now.com/en/news/new-lcc-route-between-fukuoka-and-kuala-lumpur/

November 12, 2018

AirAsia Free Seats


Untuk sapa2 yg hunting for tickets next year sampai awal 2020.
Ahkak tunggu next promo lah. Rasa macam nak layan musim @)---'--,--- plak.

November 09, 2018

Master Bedroom for Rent in Putra Heights Section 2 - Rented out as of 1st Jan 2019

Helping a friend mencari housemate baru.

Details as follows:

+ Available on January 2019
+ Double storey terrace house in Section 2, Putra Heights
+ 24 hours security
+ Quiet neighborhood
+ Semi furnished - Sofa/ LCD TV/ Fridge/ Washing Machine
+ Utilities include Unifi & Astro (pay on sharing basis)
+ Parking space for 3 cars in front of the house and ample parking space near the open area next to the road side (not blocking anyone)
+ Near neighborhood park with jogging path
+ Near Petronas station
+ Easy access to Puchong/ USJ/ Shah Alam
+ Near Kingsly International School
+ Near LRT Putra Heights & LRT Alam Megah
+ Near One City/ Main Place/ Giant

Preferences:
+ Malay female - Non smoking
+ Responsible, clean & tidy
+ Prompt monthly payment (on/ before 1st of every month)
+ Period stay longer - at least one year/ above

Rental RM460.00 per month ( Excluding utilities)
Deposit 2 + 1 + utilities

Interested please call / whatsapp
Miss Elli - 0135216507

October 29, 2018

Al-fatihah


Al-fatihah to an old friend.
She passed away yesterday after battling with breast cancer.
Kawan seperjuangan yang sama2 berperang dengan lectures, coding assignments, exams etc etc.
Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Amin.


*Mati itu pasti. Bersediakah kita?*

October 26, 2018

Runcation Sungai Lembing 2018 - Day 1


Aku kembali ke Sungai Lembing untuk kesekian kalinya. Macam tahun lepas jugak, tujuan utama adalah untuk participate dalam running event King of Sungai Lembing *king lah sangat padahal ko masuk run 10km jer pun*

Gerak dari rumah around 9:30am. Lunch kitorang singgah di RnR Temerloh sebab nak makan patin yg sedap itu.




Memang sedap betul patin tempoyak kedai no 15 ni. Kene dengan tekak aku. Kitorang amik seketul patin buah ngan seketul sangkar. Dua2 sedap. Terbaeklah.

Abis makan, continue drive sampai exit Kuantan.



Hello Sungai Lembing

Sampai Sungai Lembing, proceed pi amik race kit dulu kat dewan tepi Panorama View Chalet


Pastu baru pi check-in. Kitorang stay kat tempat sama macam tahun lepas, Pollock View Resort.


Kali ni dapat rate RM189 for 2 nites. Bayar masa check-in. No deposit needed.


Dapat bilik no 2, design bilik sebijik macam tahun lepas.



Overall, puas hati dengan what we've paid for. Tapi selimut masih jenis yg nipis. Seb baik aku dah bawak extra selimut dari rumah huhuhuh.

Kat dalam compound Pollock ni ada section diorang buat ala2 mini museum. Banyak barang lama being displayed kat dalam tu.



Sapa penah ada tabung ayam ni angkat tangan ^_^




Kitorang lepak2 dulu dalam bilik pastu petang sket kuar balik carik makan. Hajatnya nak makan kat food court depan padang tu, tapi kitorang terlambat, by 5pm semua kedai dah tutup. Pastu ingatkan ada pasar malam macam tahun lepas, tapi sayangnya hanya ada satu gerai jual air je. Cuba pegi kedai tepi pasar sungai lembing, seb baik masih bukak walaupun yg ada hanyalah nasi goreng ngan mee goreng jer. Jadik la.


Lepas makan, sambung jalan2 sekitar Sg Lembing pastu menapak menghala ke arah Sunset Hill sebab aku nak pi tengok ada satu resort yg baru bukak.


Malam nanti cadang nak datang makan kat kedai ni lak

Jambatan lama vs jambatan baru

Sungai Kenau



Green Peace ni nampak cantik jugak

Ni haa resort baru bukak, Casa Hill

Menarik resort ni. Tapi harga a bit pricey.

Snap2 gambar sikit, pastu patah balik semula ke area town.







Malam tu kitorang gi makan satay. Target nak makan satay kambing tapi dah abis. Layan satay ayam je lah malam tu.



Balik bilik, rilek2 sesambil prepare untuk tomorrow's event.